Selasa, 3 Februari 2009

Ujian itu hanya pada yang mampu

Ujian itu hanya pada yg mampu dan DIA lebih tahu tentang semua itu...! setiap ibu bapa akan diuji dengan anaknya.. setiap anak diuji dengan ibubapanya.. seorang abang/kakak diuji dengan adik-adiknya. .seorang adik diuji dengan abang/kakaknya. .seorang mertua diuji dengan menantunya.. seorang menantu diuji dengan mertuanya.. seorang nenek/datuk diuji dengan cucunya.. seorang cucu diuji dengan datuk/neneknya. .seorang yang sihat diuji dengan nikmat sihatnya... kadangkala dia disapa oleh kesakitan...
seorang yang kaya diuji dengan nikmat kekayaannya... kadangkala dia ditegur oleh kemiskinan...
seorang peniaga diuji dengan pelanggannya.... dengan naik turun bisnesnya..dengan hutangnya..
begitu juga seorang penjawat awam diuji dengan momokan majikannya....
hidup yang bernama manusia itu takkan sunyi dari ujian... ALLAH pasti akan mengujinya dari setiap aspek kehidupan.. tetapi Maha Suci ALLAH, Maha Kaya ALLAH, Maha Berkuasanya ALLAH, Maha Pengasih dan Penyayangnya ALLAH... Dia sekali-kali tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita menanggungnya... Nabi Muhammad saw pernah menggambarkan sikap orang-orang yang beriman dan betapa beruntungnya golongan ini.. bila diberi ujian kepayahan, dia sabar menghadapinya... bila diberi nikmat kesenangan, dia bersyukur kepada Tuhannya.. tidak sia-sia hidup orang yang beriman.. setiap saat dalam keredhaan dan kasih sayang ALLAH.. amatlah rugi orang yang tidak beriman.. bila diuji kesusahan dia mengeluh menyesali nasib.. bila diberi kesenangan hidup. dia lupa kepada Yang Maha Pemberi... wahai diri, berusahalah untuk menjadi orang yang beriman..

Erti duit

kita selalu pegang duit... kita selalu bawa duit ke sana sini.... kita berbelanja pun guna duit..... kadang duit menjadi isu penting.... dan sebab duit gak ramai yang bergaduh.... n sebab duit gak ader keluarga yang bercerai berai....
tapi tau kah kita maksud duit tu sebenar-benar nya???
D. U. I. T.
D= DOA
U= USAHA
I= IKHTIAR
T= TAWAKKAL
kalu kita tak der benda tu macam maner nak dapat duit... dan jgn lupa... keberkatan rezeki yg diperolehi tu amat penting....

Selasa, 13 Januari 2009

Bersyukur

Bila rasa gaji bulan tak mencukupi,kita selalu merungut.Kadangkala terkeluar perkataan "susahnya".Apa kah ertinya susah dalam hidup ini , gaji tak cukup pun perut itu masih mampu berisi nasi yang berlauk,susah lagi ker namanya itu.Pagi tadi saya terbaca satu keratan akhbar,adik beradik ini terpaksa mencuri kerana lapar dek kesusahan yang mereka alami.Si ibu buta & bapa pula telah meninggal dunia kasihan nya.Tak dapat saya bayangkan keadaan mereka betapa susahnya mereka..Oleh itu bersyukur la kita dengan apa yang ada.



Petua

Selalu bangun awal & selawat 30 kali serta Baca Bismillah 30 kali selepas sembahyang subuh.Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kita

Iktibar

Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu.Sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata.Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata kami.Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga (anak ).Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang tersendiri.Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting.Kekadang rasa cemburu menyelinap juga di hatiku.Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya.Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar.Padahal aku pergi ke cc berhampiran rumah kami. Di sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar.Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email.Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu.Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku.Aku menggunakan foto temanku.Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal.Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu.Aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut.Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temujanji.Dia menerima pelawaanku dengan senang hati.Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu.Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur .Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya melalui telefon bimbit bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam.Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju. Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut.Seperti yang dirancangkan temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka.Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku.Perbualan mereka di lobbi hotel seterusnya ke restoran hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam.Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga.Isteriku bersetuju.Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku.Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah.Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku.Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi.Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah.Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal.Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu.Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita.Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi.Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan.Dalam kegelapan aku termenung sejenak.Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi.Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku.Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada isteriku.Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku.Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku.Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam.......aku punmenghidupkan lampu.Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia.Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat,menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool.Aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan... Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku.Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa.Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dia masih isteriku dan dan aku suami yg malang .Kesimpulannya. ......... ...jangan sesekali memberani kan diri dlm membuat sesuatu hubungan sulit #####?? ? !!!! dan melayari chatting.... ... Padah akibatnya... .. kenapa perempuan lebih berani dari lelaki?
Apakah itu tandanya kiamat telah hampir akibat ketidak puashatian hak? Nauzubillah. ...-Kisah Benar dari Seorang Hamba Allah-

Isnin, 12 Januari 2009

Petikan dari blog Nurdia

Saya ibu yang jahat!
20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya besarkannya juga.
Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. ..
Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.
Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tert idur lelap begitu saja.
Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu.
Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya.
Hinggalah le satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak.
Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya.
Sambil tersenyum dia berkata, "Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!" Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, "Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"
"Nama saya Yusri, makcik."
"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"
Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati...
Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya. Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang!...
Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya, "Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"
"Oh, Kamal, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak. ..
Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.
Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Yusri.. Yusri... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu... Gelap sekali... Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!
Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun didalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. .. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari...
Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras.
Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.
"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"
Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, "Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"
Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya.
Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."
Saya pun membaca tulisan di kertas itu... "mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? mama marah pada Yusri, ya? mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."
Saya menjerit histeria membaca surat itu. "Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!" Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.
"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!" Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.
Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah.
Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

moral - sayangi orang di sekitar anda. kita tidak tahu siapa yang benar-benar menyayangi kita...

Masalah

Semua orang ada masalah.Kadang-kadang kita merasa kan masalah yang kita hadapi itu terlalu besar dan selalu kita memikirkan knp ia terjadi,macamana ia boleh terjadi.Bila kita fikirkan kembali mesti kita akan berkata berkata " Kalau la....".Kenapa kita perlu membuang masa untuk memikirkan kenapa ia terjadi seharusnya kita memikirkan cara bagaimana untuk menyelesaikannya.Jangan la melatah bila sesuatu menimpa kita sesungguhnya itu adalah ujian dari Nya yang ingin menginsafkan hambanya yang lalai mengingatiNya seketika.Sesungguhnya manusia tak boleh lari dari masalah,masalah itu la yang mematang kan diri kita & memberi kenangan walaupun ia pahit & sukar untuk kita hadapi.Segala apa yang terjadi sesungguhnya terselit satu hikmah yang paling manis.

Renungan

Dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa beratnya hingga
kita terduduk dan menangis...
Peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana .....
mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah IMAN yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan....

Jumaat, 9 Januari 2009

Bicara lidah

Bahayanya bicara lidah,kadangkala boleh membuatkan hati terluka.Kita hanya manusia biasa yang tak sempurna kadangkala terlanjur jua bila berkata-kata.




Renungan

Berhati-hati apabila berkata-kata
Kata-kata yang di ucapkan sembarangan, dapat mewujudkan perselisihan,

Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan satu kehidupan,

Kata-kata yang di ucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan,

Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.